Saturday, May 4, 2013

Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13)

Assalamualaikum.
5 Mei 2013 tarikh yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia. Hari yang bakal menentukan siapa pemimpin negara kita. Tahun ni aku tak dapat nak mengundi walaupun dah cukup umur. lambat daftar nama. sedih, hukhuk ='( in sya Allah tunggu lagi lima tahun akan datang.




Selamat mengundi buat semua rakyat Malaysia. Pilihan terletak di tangan anda.
So, sama-sama kita nantikan Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 malam ni.
Jom kita mengundi ^_^


♥ Terima Kasih Singgah Lagi ♥

Sunday, April 28, 2013

Mati itu pasti. Itu janji Allah!



Assalamualaikum.
Semalam kami sekeluarga telah menerima berita pemergian makwe tersayang. Innalillahiwa' innailaihiraaji'uun. (Makwe adalah panggilan untuk nenek kami). 27 April 2013 lepas maghrib, makwe telah kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman. Amin

Makwe seorang nenek yang sangat sporting dan tidak berkira dengan kami. teringat masa kecik-kecik, setiap kali balik kampung, makwe mesti bagi duit jajan untuk kami adik beradik. seronok sangat bila dapat duit jajan. terus pergi kedai empat beradik beli gula-gula, aiskrim, keropok. rindunya saat itu :'(

Kami redha dengan pemergiannya. tetapi setiap kenangan bersama makwe tidak mungkin dilupakan. semasa hayatnya, dapat juga aku membantu umi memandikan arwah ketika arwah terlantar sakit. urmm, setiap yang hidup pasti akan mati! Aku amat merinduinya.


.
"Kita kena ingat mati supaya perasaan untuk mengejar ilmu didunia 
dan akhirat akan sentiasa menjadi keutamaan"
.
.
"beribadahlah seperti kita akan mati esok"



♥ Terima Kasih Singgah Lagi ♥

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...